• Halaman Utama
  • PPKI Daerah Batang Padang
  • Pemulihan Khas
  • Pendidikan Khas
  • Senarai Semak Pend. Khas
  • Linus Pend. Khas
  • KSSR Pendidikan Khas
  • Galeri Gambar / Perisian
  • Taklimat Pengurusan PPKI
  • Taklimat Kokurikulum
  • Pertanyaan / Muat Naik Bahan
  • Kadar Tuntutan Perjalanan
  • Tangga Gaji SSM 2012
  • Pekeliling Dari KPM
  • Aplikasi Atas Talian
  • Pautan Website
  • PRISMA

Senarai Semak Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pendidikan Khas


1) Bermasalah Pendengaran

 
  • Perkembagan pertuturan dan bahasa terganggu/lambat kalau pendengaran tidak jelas / separuh pekak.
  • Ciri-ciri :-
a) Kurang beri perhatian

b) Susah ikut peraturan

c) Selalu berkhayal

d) Perlu bantuan daripada kawan

e) Kurang libatkan diri dalam perbincangan

f) Cara percakapan janggal

g) Ada masalah kesihatan

2) Bermasalah penglihatan (buta/separuh buta)

  • Belajar melalui sentuhan, pendengaran, hidu dan rasa (buta)
  • Cermin mata dan teks tulisan buta (Separuh buta)
Jenis-jenis Masalah Penglihatan
  • Astigmatisme (rabun)
  • Strabismus (julung)
  • Amblipia (mata malas)
  • Diplopia (nampak dua)
  • Glaucoma (tekanan biji mata rosakkan saraf mata)
  • Albinisme (sensitif kepada cahaya)
  • Miopia (rabun jauh)
  • Hyperopia (rabun dekat)

3) Bermasalah Pembelajaran

  • Disahkan oleh pakar klinikal
  • Pengesanan – kekerapan gagal dibanding dengan kekerapan berjaya
  • Mempunyai masalah dalam memberi sebab/alasan, cara terangkan sesuatu, geri geri dan kebersihan diri
Kumpulan yang bermasalah pembelajaran :-
  • Lembam
  • Sindrom down (Tahap IQ 30-80)
  • Hipoaktif (pasif dan amat takut pada orang, tidak suka berinteraksi, tiada tindakan kepada persekitaran)
  • Hiperaktif
  • Gangguan emosi dan masalah tingkah laku penarikan diri, neurotic, austistik, szizofrenik)
  • Cerebral palsy – spastik, atitosis (pergerakan pada bahu, muka, kaki dan tangan tidak boleh dikawal, pertuturan susah dan tidak jelas, masalah kawal air liur, ataksia (susah kawal imbangan badan,pergerakan kekok, pertuturan dan pendengaran kurang jelas)
  • Kecacatan yang pelbagai (multiple handicapped) – buta dan bisu, buta dan pekak
  • Terencat akal (ringan dan berat)
              Ringan (50-70)

              Sederhana (35-49)

              Teruk (20-34)

              Amat teruk (kurang 20)

  • Kerencatan akal ringan terdiri daripada :-
a) idiot - tidak dapat lindungi diri daripada bahaya fizikal seperti mencederakan diri, tidak berupaya makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri.

b) Imbersil – tidak dapat mengurus diri, tetapi boleh dilatih.

c) moron – perkembangan mental 23% daripada kadar biasa, perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

  • Kerencatan akal berat
a) Sukar makan, selalu muntah
b) Suka menyendiri dan pendiam
c) Sukar dikawal – gigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu dikeluarkan.
d) Sukar bernafas, air liur meleleh, sukar tidur, selalu menangis, sukar bercakap, sukar difahami orang lain, sensitive pada cahaya, tidur berlebihan.

  • Masalah Pertuturan - Pertuturan tidak sempurna dari segi bunyi penguasaan bahasa atau gangguan semasa bertutur.
  • Epilepsi / sawan – hilang ingatan untuk sementara waktu, cepat lupa, suka mengulangi soalan. Bagi masalah Epilepsi/sawan yang berat :-
a) Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal, tingkah laku aktif dan keterlaluan.
b) Tunjukkan kelakuan bongkak, ketawa tiba-tiba, takut dan cemburu berlebihan.
c) Gigit kuku, hisap jari, cederakan diri.
d) Tidak kenal bahaya dan tidak rasa sakit.
e) Gagap, sebut perkataan berulang-ulang, menangis dan marah tanpa sebab.
f) Tidak mahu dipeluk.
g) Tidak dapat sesuaikan diri dengan pelajar lain.
h) Tidak ada kontak mata.
i) Tidak mahu terima pelajaran biasa.
4) Pintar / berbakat (gifted)

  • Terima pelajaran lebih cepat daripada pelajar normal, ada kebolehan luar biasa (IQ lebih 120)
  • Daya ingatan yang kuat, fakir secara logic, fleksibel / meluas, inovatif dan kreatif.
  • Sering alami masalah social, tingkah laku dan emosi.
  • Kadang-kadang perkembangan bahasa lambat, kata-kata keras, Tanya bertalu-talu, gemar bergaul dengan orang lebih tua dan suka cari helah.

*Sumber : Sisipan Pendidikan Khas Surat Khabar Utusan Malaysia. 
Create a free website with Weebly